LATAR BELAKANG KOMUNITI BESTARI

Sejarah Penubuhan

Komuniti BESTARI diistihar penubuhannya pada 12 Oktober 2004 oleh Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka sempena Konvensyen Komuniti BESTARI Peringkat Kebangsaan yang pertama.Penubuhan ini bagi menggantikan K3P (Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembaca). K3P pada mulanya diterajui oleh Jabatan Penyiaran Malaysia pada tahun 1987. Pada tahun 1991, K3P diserahkan kepada Kementerian Penerangan. Pada 01 Julai 2000, K3P diserah kepada Jabatan Penerangan Malaysia.Komuniti BESTARI ditubuhkan bagi memberikan imej baru (re-branding) dan memperkasakan pentadbiran serta aktiviti selaras dengan perkembangan dan cabaran semasa.

Logo
Konsep Logo :Konsep logo ini menggambarkan komuniti yang penyayang, berpengetahuan dan bermaklumat di mana sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan menghasilkan bahan kerja-kerja tangan yang kreatif dan menarik.

Keterangan Logo
Huruf ’B” bermaksud BESTARI atau BIJAKSANA.
Bintang 14 melambangkan Komuniti BESTARI merangkum keseluruhan negeri.Jalur-jalur merah di belakang membentuk susunan buku melambangkan komuniti gemar membaca dan bermaklumat.
Huruf ’B’ juga menghasilkan ’mata pena’ menggambarkan komuniti yang BIJAKSANA dan berpengetahuan ICT.
Huruf ’B’ juga membentuk huruf ’V’ yang membawa maksud ’cinta’ kerana setiap komuniti perlu ada perasaan menyayangi dan kerjasama untuk menjayakan aktiviti.

Keterangan Warna
Logo komuniti BESTARI ini menggunakan 4 warna iaitu Biru, Kuning, Merah dan Putih.
BIRU - Kerjasama antara komuniti
KUNING - Keikhlasan
MERAH - Semangat jitu dan kental dalam menghasilkan kerja.
PUTIH - Sifat ingin tahu dan meningkatkan pengetahuan di dalam bidang ICT dan perkembangan semasa.

Konsep
Komuniti BESTARI adalah Program Gerakan Rakyat (Peoples Movement) yang dinamik, berwawasan berasaskan semangat kesukarelaan (voluntary) dan berdikari.BESTARI membawa maksud :
B - BERMAKLUMAT
E - ERAT
S - SILATURAHIM
T - TELEVISYEN
A - AKHBAR
R - RADIO
I - ICT/INTERNET

Misi, Visi dan Slogan


Visi
Komuniti BESTARI peneraju maklumatan komuniti akar umbi

Misi
Membentuk masyarakat yang bermaklumat dan bijaksana sejajar dengan wawasan negara.

Slogan
”PENGGERAK PEMBANGUNAN MINDA"

Objektif
Memupuk semangat kesukarelaan dan berdikari bagi mengukuhkan jati diri yang menjadikan asas kepada kestabilan politik, sosial dan ekonomi negara.
Meningkatkan ilmu pengetahuan komuniti supaya dapat menggunakan maklumat secara bijaksana untuk menangkis tohmahan, dakyah dan fitnah oleh pijak yang tidak bertanggungjawab dengan melibatkan seluruh komuniti menyokong dasar dan menyertai program yang dijalankan oleh kerajaan.
Menjadikan ejen perubahan dalam komuniti bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian maklumat secara dua hala dalam pembangunan komuniti.

Dasar Pertubuhan
Penubuhan Komuniti BESTARI adalah berdasarkan konsep ”Satu Mukim Satu Komuniti BESTARI”. Walaubagaimanapun bagi negeri Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan mengikut kaedah seperti berikut :
a. Satu Kadun dua Komuniti BESTARI ( Sabah dan Sarawak) b. Satu Parlimen tiga Komuniti BESTARI ( WP Kuala Lumpur) c. Komuniti BESTARI mengikut zon (WP Labuan)

Monday, June 15, 2009

Majlis Pra Gawai 2009

Para peserta pertandingan "Kumang Gawai"
Pemenang Ratu Kumang

Upacara 'Miring' yang dilaksanakan oleh Pegawai Penerangan Daerah Sibu, En. Rosman Zaini

Pada 16 Mei 2009, Komuniti Bestari Bahagiajaya telah menganjurkan 'Majlis Pra Gawai 2009' di Dewan Masyarakat Teku, Kampung Bahagia Jaya Teku. Tetamu kehormat ialah Datuk Robert Lau Hoi Chew, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen P212 Sibu.
Seramai 500 orang tetamu serta ahli-ahli K-Bestari turut hadir pada majlis tersebut. Antara aktiviti pada malam tersebut ialah Pekit Kumang (Ratu Gawai), nyanyian karaoke, pertunjukan tarian tradisional 'Ngajat dan Orang Ulu' dan persembahan tarian 'Poco-Poco' oleh ahli Komuniti Bestari.

Tuesday, December 9, 2008

Aktiviti Ahli K-Bestari Bahagiajaya

Persembahan Tarian Poco-Poco
Persembahan Kior oleh ahli K-Bestari bahagia Jaya

Persembahan Tarian Orang Ulu



Tuesday, October 2, 2007

Sejarah Penubuhan Komuniti Bestari Bahagia Jaya Sibu


Komuniti Bestari Bahagia Jaya ditubuh pada 1 Julai 2007 dan diketuai oleh Encik Awang Kali. Sementara itu Encik Bagan ak Sugi dilantik sebagai Timbalan Pengerusi; Setiauasaha- Encik Philip ak Nyambong; Penolong Setiausaha- Encik Valentine @ Dol bin Hilary Sibat; Bendahari- Ajenig bin Juni. Seramai 10 orang Ahli Jawatankuasa telah dilantik dan mereka ialah En. Jackson ak Sujang, En. Edwin, Ansam ak Langka, Jemeb ak Nyau, Sandom ak Labeng, Amba ak Balleh, Andrew Wat Kana, Ebi ak Paong, Duris ak Vincent dan Sadong ak Kut. Jawatankuasa ini akan menerajui K.bestari dalam mencapai matlamat dan wawasan nya.